Sunday, March 11, 2012

UMAT AKHIR ZAMAN

Assalamualaikum semua... (^^)

Memandangkan saya sedang bercuti panjang nih, memang agak rajin lah nak hupdate entry baru. Topik kali ni pasal umat akhir zaman yang sememangnya topik yang agak hangat untuk diperbualkan. Lately kan, kita banyak baca berita pasal gay and lesbian ni. Apa lah nak jadi dengan dunia sekarang. Even budak sekolah rendah pon ade yang sudah tertangkap jadi gay! MasyaAllah....Astaghfirullah. Berita terperinci boleh baca di akhbar Utusan bertarikh hari ini. Kesian kat mak ayah dia, kalau di kemudian hari nanti, sekiranya mak ayah dia dah meninggal and dia masih tak berubah, bayangkan seksaan yang akan mak ayah dia tanggung.

Saya pun masih bingung kenapa hal seperti ini semakin menjadi-jadi. Hancur sudah umat akhir zaman. Saya tak nak salahkan mana-mana pihak dalam hal ni sebabnya masing-masing boleh fikir mana yang baik, mana yang tidak. Apa lah nikmat menjalin hubungan sesama jenis ni. Apa yang kau ada, pasangan sejenis kau tu pun ada. Tak nak ke cari kelainan? Alamatnya, ramailah kaum Hawa yang akan jadi andartu berjaya in future. Yang lelaki ni pun satu hal, dah la kaum kamu ni semua limited edition. Manalah golongan wanita termasuk saya nak cari pasangan hidup. Dah takde pilihan! (marah nampaknya disitu) Sebagai balas dendam, yang perempuan pulak nak jugak mencontohi lelaki tapi jadi lesbian lah. (ini andaian sendiri je)

Walaubagaimanapun, ini sememangnya akan berlaku dalam kehidupan akhir zaman kerana semakin kita mendekati The Judgement Day, banyaklah perkara-perkara songsang seperti ini akan berlaku. Malah, maksiat-maksiat lain jugak semakin berleluasa. Bak kata ustaz, kita boleh berdoa untuk meminta kepada Allah agar dipanjangkan umur tapi janganlah kita hidup hingga ke hari kiamat kerana ketika itu, yang tinggal hanyalah orang-orang yang jahat dan sesat dan para alim ulama semuanya sudah tiada. Nauzubillah....takut nya saya.

Saya pun runsing, kat manalah nak cari pasangan hidup yang benar-benar suci dan tulen dengan keadaan dunia yang sekarang ni. Even ustaz pun sekarang ni kita tak boleh percaya sangat sebab ada terbaca kat akhbar pasal seorang ustaz ni. Waktu pagi jadi ustaz, waktu petang pergi meliwat! Astaghfirullah...tengok! Saya bukan nak kondem ustaz tapi saya just nak menyatakan bahawa susah nak percaya dengan orang sekeliling kita sekarang ni.

So, kita yang masih berada dalam jalan kebenaran ni kenalah sentiasa beringat dan berpegang dengan ajaran Islam yang benar agar kita tidak akan terpesong. Kita bersama-sama doa agar iman kita ditetapkan dan terpelihara akidah. Itu belum masuk bab berzina, murtad, berjudi dan sebagainya. Cukuplah dengan topik hubungan sejenis ni. Saya pun rasa nak termuntah bila share pasal benda ni sebab saya rasa jijik dengan mereka-mereka yang terlibat. Nabi tidak akan mengaku umat tau!

No comments:

Post a Comment