Friday, March 23, 2012

KISAH BAPA KEBANGGAAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera  ^^

Hari tu beriya-iya kata time cuti-cuti ni rajin hupdate blog ye? Haha..ape? Ingat duduk rumah tak busy ke. Lebih busy berbanding student life rasanya. Oke, stop pasal tu lah. Hari ni nak sambung kisah teladan yang lain dengan kamu semua ye. Jom layannnn

Suatu hari, ketika waktu rehat, tiga murid berbicara mengenai kehebatan bapa masing-masing. Maklumlah, hero utama kanak-kanak biasanya adalah bapa mereka sendiri.

Murid A: Bapa aku cukup hebat, kalau dia memanah, dia boleh mengejar dan menangkap semula anak panah tersebut.

Murid B: Bapa aku lagi hebat. Kalau dia menembak menggunakan pistol, dia boleh mengejar dan menangkap semula peluru tersebut.

Murid C: Kedua-dua bapa kamu tidaklah sehebat bapaku. Bapaku yang sepatutnya habis kerja pukul 5.00 petang, biasanya pukul 3.30 petang dia sudah pun berada di rumah.

Pengajaran: Peliharalah sifat amanah dengan baik. Setiap tindak-tanduk kita sentiasa diperhati anak-anak. Amat malang jika amalan buruk kita tidak sekadar menjadi tatapan malah subur menjadi ikutan mereka ketika dewasa.

No comments:

Post a Comment