Saturday, March 10, 2012

ENDING OF MY STUDENT LIFE

Assalamualaikum semua...

Tanggal 6/3/2012 bersamaan hari Selasa yang lalu, tamatlah sudah kisah hidup saya sebagai seorang pelajar di UiTM Puncak Alam dengan berakhirnya Clinical Examination di Hospital Sungai Buloh. Fuhh...nak mengadap exam tu bukan main pressure nye. Tak larat nak mengahdapi lagi ujian sebesar itu. Tapi padanlah dengan 3 tahun belajar (tak sampai 3 tahun pun), perit jerih lelah semua ada. Hopefully, I'll succeed with great result. Tak nak repeat weh! Dah la malam tadi saya mimpi kena repeat. Adoiyai, sampai ke saat ni tak tenang hati. Tak tahu nak story dengan siapa so story dengan kamu je la ye. ^^

Maka dengan ini, rasmilah hidup saya sebagai penganggur berjaya! Wah, 6 bulan duduk rumah nak buat apa je? Boleh termuntah cuti banyak-banyak macam ni. Dah la takde kawan, harap kucing-kucing musibat ni je la. Astaghfirullah. Kan dah terkeluar bahasa Melaka aku ni. Maaf! Nasib baik ada kucing, boleh jugak lah bawak teman bersembang dikala sunyi. Ngeh ngeh ngeh.

Buat teman-teman seperjuangan sekalian, saya memang sayang korang semua. Semua kenangan manis yang kita cipta bersama-sama akan sentiasa terpahat di hati. Andai satu hari nanti saya terlupa kisah kita, ingatkanlah saya bahawa kita pernah mencipta bahagia dan melakar kehidupan bersama-sama. Sememangnya pertemuan dengan sahabta-sahabat sekalian adalah perkara yang bermakna dalam hidup ini. Thanks sebab kita banyak kongsi segala duka dalam tempuhi hidup kita yang sememangnya penuh ranjau dan duri.

Saya berdoa agar kita dipertemukan lagi pada masa akan datang agar ukhwah yang sedia terjalin kekal bertaut sehingga ke akhir pernafasan kita. Selesai je exam Selasa hari tu, terasa beban kat bahu ni hilang sekelip mata. Sampai sekarang saya masih tak percaya saya berjaya tempuhi segala yang saya fikir mustahil untuk saya lalui. Alhamdulillah, itu semua berkat doa mak ayah saya, usaha dan juga pertolongan dari Allah.

Dah malam ni, tak boleh tulis panjang-panjang. Esok kena bangun awal pagi sebab tugas saya sebagai seorang anak dara yang solehah telah pun rasminya dijawat semula selama 6 bulan akan datang. Kasar lah jari  saya lepas ni.

No comments:

Post a Comment