![]() |
Sekadar gambar hiasan. |
- Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
- Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau kalau anda tak cintakan dia.
- Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak sedia.
- Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
- Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
- HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.
So, kaum Adam yang ada di muka bumi dan juga di muka buku sekalian, tolonglah pegang kata-kata ni. Kasihan wanita-wanita yang kecewa akibat kamu setelah mereka ikhlas terhadap kamu. Tak dinafikan bahawa ramai kawan-kawan saya yang kejap putus, kejap couple balik. Lagi 2 hari kang, putus balik. Minggu depan dah rujuk pulak. Haih, saya pun tak paham la dengan pasangan sekarang. Ada jugak yang bercinta bagai nak rak, at the end masing-masing kahwin dengan orang lain. So, kalau betul-betul nak cari pasangan hidup, carilah yang betul-betul kamu ikhlas sayangkan dia dan ingin dia jadi teman sehidup semati.
Atas keadaan inilah saya masih single. Bukan apa, takut untuk rasa untuk disayangi dan menyayangi, lepas tu ditinggalkan. Pedih tu. Wanita ni hatinya fragile, sensitif. Sekali remuk hati, tak tahulah bila boleh pulih. After this, kalau sesiapa yang try approach saya, memang saya suruh dia baca ni dulu. Bagi dia faham betul-betul. Kalau tak faham and tak berani, say goodbye ajelah. Jangan nak bazir-bazir masa. Umur dah semakin meningkat, so pemikiran pun mestilah sama-sama matang jugak kan. And last but not least, be a gentleman. Don't beat around the bush! I hate it! Kalau kita sama-sama renungkan petikan kat atas ni, mendalam sungguh maknanya. (Tetiba rasa macam dah lari tajuk)
Sesungguhnya wanita ini adalah perhiasan yang paling indah. Jadilah pasangan yang matang pemikirannya. Kalau setakat gaduh hal-hal kecik, tak perlulah nak clash. Pastu kat Facebook, DIVORCED. Mengalahkan artis yang bercerai. Selang 2 3 hari, MARRIED lah pulak. Kebudak-budakan. Bawa berbincang dulu, selesai masalah elok-elok. Nanti kalau dah kahwin, tak kan nak buat macam time couple-couple dulu? Niat mesti ikhlas, tak kiralah yang pihak wanita ke atau yang pihak lelaki. Jangan sesekali mempermain perasaan masing-masing. Oke? Cukup lah sampai kat sini je. Saya pon bukan nya arif hal-hal macam ni. Semoga kite renungkan bersama sekali lagi petikan kata-kata Ustaz Azhar Idrus ni
(-_^)
No comments:
Post a Comment