Saturday, April 2, 2011

KESIAN SAYA (-_-)''


Salam buat teman-teman yang masih lagi sudi mengunjungi blog aku yang dah tersangat usang nih. Agak-agak korang, dah berapa lama aku tak post entry baru? Oke, korang takyah kira sekarang kerana ini adalah masa untuk korang baca entry aku yang baru. Kalau suruh korang teruskan jugak mengira, sampai ke esok pon belum tentu dapat jawapan. Habislah semua ilmu hisab yang korang belajar dari darjah satu sampai form5 keluar. Addmath yang takde kaitan pon mesti terkeluar sekali. kan? kan? kan? haha..aku gurau je.

Untuk pengetahuan korang, esok iaitu tanggal 3/4/2011 aku akan mengikuti satu program Health Test yang akan diadakan di Shn Chan Sekinchan yang dianjurkan oleh pihak yang aku tak berapa nak sure dan yang pastinya PHYTAS terlibat. Tugas aku pada esok hari adalah untuk menjaga station Incentive Spirometer. Huh?menatang apa pulak ni?? Oke,buat teman-teman yang tak tahu spesies baru ni, jangan lah panik dan sebarkan berita yang bukan-bukan dalam berita ya. Incentive spirometer ni bukan lah bom atom mahupun bom tangan yang ditinggalkan oleh zaman penjajah kepada kita.Dan bukan juga spesies fauna yang baru diturunkan dari Marikh.

Tadaaa..!!!! ini lah incentive spirometer nye. Cantik kan?


Oke, kegunaan, cara menggunakan atau apa-apa aja tentang benda ni boleh lah korang Goole aje kerana kalau hendak dicerita, aku rasa aku tak sempat nak solat maghrib malam ni. Cuma untuk menggunakan benda ini perlulah di demo dahulu kepada pesakit oleh pendemo dan pendemo pula perlulah sihat dari segala macam penyakit especially BATUK.

Aku memang tak kisah kena jaga station mana-mana pon tapi kalau boleh aku tak nak jaga incentive spirometer ni. Bukan apa, sekarang ini aku menghidap penyakit batuk selama hampir 2 minggu. Tak hilang-hilang walaupun pelbagai ubat yang telah ditelan tapi nasib baik lah dah berkurang. Alkisah aku mendapat batuk ni berpunca daripada percutian aku dan rakan sekelas ke Port Dickson. 2 3 hari selepas balik dari PD (bukan postural drainage mahu pun peritoneal dialysis), aku diserang demam, kemudian selsema dan akhir sekali batuk sampai lah sekarang.

Are you ready kids? I can't hear youuu...haha..ada rupa kapten kapal tak aku?
Kalau korang masih tak kenal aku yang mana satu, aku yang depan sekali memakai baju merah dan bertudung biru. Niat nak jadi kapten, sekali dah gerak pisang panjang ni, jantung macam dah nak tercabut rasa nye. Time ni bukan main lagi tak ingat dunia. Main semua benda ikut sedap rasa je. Korang bayangkan bila 4 kali kena diterbalikkan, berapa banyak liter air laut masin yang telah aku minum? Aku rasa nakdekat satu baldi kot. Macam mana tak dapat nye demam, flu dan batuk? Padan muka sendiri la.

Nampak nya hari semakin gelap,aku nak keluar pergi beli ubat batuk banyak-banyak kat kedai. Harap-harap esok dah tak batuk lagi. Esok boleh lah aku demo kepada pesakit dengan bangganya. huhuhu..

p/s: petua ubat batuk yang diajarkan oleh mak ku sewaktu aku kecil. Telan 2 biji telur kuning yang masih mentah dan asingkan putihnya terlebih dahulu.Yang putih boleh digoreng dan dimakan bersama kicap dan nasi. Petua ini boleh diamalkan sehingga anda sembuh. Nasib baik aku hanya kena telan 4 biji telur kuning mentah...eeuuuwww  (-_-)''

No comments:

Post a Comment