Tuesday, August 3, 2010

KISAH 3 SI PONTI....part 2

   Sedang syok si Pontianak B dan C bermain mata dengan Pontianak-pontianak betina yang sedang beterbangan, tetibe Pontianak A mencelah lantas mematikan kekhusyukan depa. 


"Wey, apa kata kita beradu tenaga? Senang je wey. Aku gerenti korang semua boleh buat. Aku nak buat pertandingan hisap darah paling cepat''.


  Pontianak B sangat terkejut dengan kata-kata Pontaianak A lantas berkata, "Apa yang kau merepek ni setan Pontianak A? Buang taring tebiat ke apa?''


''Cuba kau cerita sikit kat kitorang. Asal ko tetibe buat keputusan macam tu?", Pontianak C cuba berlagak alim bagi merungkai segala persoalan yang bermain di benak jantung Pontianak A.


Pontianak A cuba menarik nafas dalam-dalam walaupun dia tahu jantungnya memang sudah berabad out of service bagi menerangkan segalanya kepada mereka.


"Takde pape lah. Aku saja-saja je. Aku bosan. Semua orang pontianak kata kita tak berguna. Alip ba ta pon tak lepas-lepas lagi. Jadi, aku ingat dengan mengadakan pertandingan ni, kita boleh buktikan kat dorang yang kita ni pon ada bakat masing-masing.''


"Ape ke sengal lah kau nih. Bukan ke memang semua pontianak tahu hisap darah. Tu ha, kau nampak tak pontianak kat hujung tu? Maikel Syumaker pon menangis sebab kalah dengan dia tau tak. Idea kau tu dah usang sama macam rambut kau tu.'' Pontianak C membidas kata-kata Pontianak A dengan penuh keyakinan.


''Alah kau ni pon. Cuba lah sekali-sekala sokong idea aku nih. Tak kisah lah kalau ada pontianak yang hebat dalam kampung kita nih tapi yang pastinya aku nak cari siapa yang paling hebat antara kita bertiga.''


''Hmm, aku setuju je lah. Malas aku nak dengar korang bertekak lagi'', Pontianak B mencelah bagi membantutkan kebisingan dorang agar mereka tidak akan dicekup oleh mana-mana ustaz. Ini kerana perbualan mereka akan bertukar kepada ngilaian pada telinga manusia.


''Kalau macam tu, biar aku yang mulakan dulu pertandingan ni.''


   Tanpa melengahkan masa lagi, Pontianak A terus terbang dengan lajunya menuju entah ke mana. 10 minit kemudian, Pontianak A kembali kepada rakan-rakannya dengan mulut yang berlumuran darah.


''Engkau orang nampak tak kampung kat hujung sana tu?''


''Nampak. Nampak.'', Pontianak B dan C menjawab dengan serentak malah begitu tangkas sekali.


''Haa...aku dah hisap darah seluruh penduduk kampung yang ada kat sana dalam masa 10 minit je. Hebat tak aku?'' tanya Pontianak A sambil membetulkan posisinya agar tidak jatuh dari pokok.


Lalu Pontianak B pon berkata, ''Waaa...hebatlah kau. Guwa memang respek la lu brother. Sekarang ni turn aku pulak.'' Pontianak B tidak sabar lagi untuk menunjukkan kebolehannya pula. Maka Pontianak B pon terus terbang meninggal mereka berdua.


5 minit kemudian Pontianak B kembali dengan mulut dan baju yang  berlumuran darah. 


''Haa..korang nampak tak satu lagi kampung kat hujung sana tu? Habis aku kerjakan semua orang yang ada dalam masa 5 minit je.'' Pontianak B berasa sangat bangga kerana dia berjaya menundukkan taring Pontianak A.


   Pontianak C sudah tidak dapat menahan kesabaran lagi selepas mendengar penjelasan Pontianak B. Maka, dengan itu Pontianak C terus terbang tanpa berkata apa-apa. Kedua-dua Pontianak A dan B tercengang melihat kelakuan Pontianak C. Mereka berdua terkejut sekali lagi apabila tidak sampai 1 minit, Pontianak C telah kembali kepada mereka. Kali ini bukan setakat baju dan mulut malah dengan wajahnya sekali turut berlumuran darah.


''Korang nampak tak tembok kat depan tu?'' Pontianak C bertanya kepada sahabat-sahabatnya.


''Nampak. Nampak'', Mereka berdua menjawab dengan serentak.


''Haa..aku tak nampak''


Akhirnya mereka bertiga telah ditangkap oleh ustaz pada malam itu akibat mentertawakan Pontianak C.

No comments:

Post a Comment