Tuesday, January 7, 2014

Nasib Baik Tak Cirit

memang payah sikit kalau dapat perut yang lawas dia memang superb. kalau kena hari-hari biasa yang kita takde hal takpe jugak. tak kisah. anytime je boleh pergi qada' hajat tu. ini hari dia memulas lambat pulak. hari ni paper aku pukul 9.00 pagi. biasanya 8.20 aku dah gerak dari kolej. dan kebiasaannya sebelum mandi tu aku dah siap-siap kosongkan perut aku.

nak dijadikan cerita, masa aku tengah syok jalan-jalan kaki nak pergi dewan exam, time tu jugak lah perut aku memulas tak tentu pasal. tengok jam, uihh aku tak boleh singgah mana-mana toilet ni. kang tak sempat pulak. so aku abaikan. aku jalan cepat-cepat. lama-lama tu aku tak perasaan pemulasan perut ni hilang.

tepat jam 9 pagi, maka aku masuklah ke dalam dewan exam. haaa belum pape lagi perut aku memulas balik. kali ni kaw-kaw dia pulas. aku baru je sentuh pen. kacau daun betul lah perut aku ni. tengok soalan memang banyak, semua nak esei yang berjela-jela. masa diperuntukkan pulak 2 jam je. kalau aku keluar pergi toilet ni memang confirm aku tak sempat jawab semua. maklumlah, aku kalau pergi meng qada' ni memang makan masa yang lama. ahhh biarlah perut aku memulas pun. aku terus jawab soalan. dalam tengah menahan sakit perut ni, tak perasan pulak sakit tu hilang. maka dengan senang hatinya aku jawab exam.

lagi setengah jam nak tamat masa, perut aku memulas balik. fuhh sakit nye haii. sabau je la. aku tengok jam, tak boleh jadi ni. kena tahan. sikit je lagi nak habiskan masa. soalan pun ada banyak lagi tak jawab ni. berpeluh-peluh kau. dengan ketabahan yang aku miliki, aku harung jugak lah menahan sakit perut ni. tangan yang lagi sebelah ni dah picit-picit dah perut. nasib baik aku tak terkentut-kentut. aku doa supaya aku tak tercirit time tu. alhamdulillah, lepas 2 jam aku pon keluarlah dari dewan exam.

dah keluar ni taknak pulak sakit perutnya. sabau je la. hahahaha. entry kali ni kotor sikit. ape adehal, jangan baca entry ni time makan lah kan. jumaat ni last paper, Therapeutic exercise. makin last paper makin malas nak study la jawabnya. huhu

No comments:

Post a Comment