Sunday, March 30, 2014

Ceritera

hamaigadd! lama nye tak hupdate belog. tak tau nak cakap sebab ape. busy pon iye. malas pon iye jugak. senang cerita ialah sebab malas kerana kesibukan masa. haaa gitu kau! so whats up guys? are you doing well? hopefully so (;

oke, actually aku baru je habis praktikal, dalam 2 minggu yang lepas. aku ditempatkan di HKL. haaa kalau bebudak fisio dengar HKL mesti rasa gerun. gerun bukan sebab ape pon, sebab "orang tua" tu tapi you alls tak yah risau dah lepas ni kalau dapat posting kat sana sebab "orang tua" tu dah pon pencen. so selamatlah hidup kome.

quite hectic jugak HKL ni. memang penat la kalau dapat kerja kat sana. kalau aku diberi pilihan, HKL ni takde dalam list aku. kehkehkeh.

bagi aku, best sebenarnya posting kat HKL ni. so far staff kat sana boleh dikatakan oke lah jugak. adat la kan kalau ade fisio yang cengil, poyo and sebagainya. hospital lain pon mesti ada jugak kan. bagi aku yang paling best ialah aku dapat ramai kawan kat sana. ade dari KSKB, MAHSA, SIME DARBY, UTAR and ICAN. first time dapat kawan se havoc macam ni. plus minus ada lah dalam 40 orang. bayangkan crowded nye HKL. dengan staff HKL dah ada dalam 80 orang.

hmm tetiba dah rasa malas nak sambung tulis. tengok! makin lama makin malas aku ni. oke la, next time aku sambung cerita pasal HKL ni. Daaa

Tuesday, January 7, 2014

Nasib Baik Tak Cirit

memang payah sikit kalau dapat perut yang lawas dia memang superb. kalau kena hari-hari biasa yang kita takde hal takpe jugak. tak kisah. anytime je boleh pergi qada' hajat tu. ini hari dia memulas lambat pulak. hari ni paper aku pukul 9.00 pagi. biasanya 8.20 aku dah gerak dari kolej. dan kebiasaannya sebelum mandi tu aku dah siap-siap kosongkan perut aku.

nak dijadikan cerita, masa aku tengah syok jalan-jalan kaki nak pergi dewan exam, time tu jugak lah perut aku memulas tak tentu pasal. tengok jam, uihh aku tak boleh singgah mana-mana toilet ni. kang tak sempat pulak. so aku abaikan. aku jalan cepat-cepat. lama-lama tu aku tak perasaan pemulasan perut ni hilang.

tepat jam 9 pagi, maka aku masuklah ke dalam dewan exam. haaa belum pape lagi perut aku memulas balik. kali ni kaw-kaw dia pulas. aku baru je sentuh pen. kacau daun betul lah perut aku ni. tengok soalan memang banyak, semua nak esei yang berjela-jela. masa diperuntukkan pulak 2 jam je. kalau aku keluar pergi toilet ni memang confirm aku tak sempat jawab semua. maklumlah, aku kalau pergi meng qada' ni memang makan masa yang lama. ahhh biarlah perut aku memulas pun. aku terus jawab soalan. dalam tengah menahan sakit perut ni, tak perasan pulak sakit tu hilang. maka dengan senang hatinya aku jawab exam.

lagi setengah jam nak tamat masa, perut aku memulas balik. fuhh sakit nye haii. sabau je la. aku tengok jam, tak boleh jadi ni. kena tahan. sikit je lagi nak habiskan masa. soalan pun ada banyak lagi tak jawab ni. berpeluh-peluh kau. dengan ketabahan yang aku miliki, aku harung jugak lah menahan sakit perut ni. tangan yang lagi sebelah ni dah picit-picit dah perut. nasib baik aku tak terkentut-kentut. aku doa supaya aku tak tercirit time tu. alhamdulillah, lepas 2 jam aku pon keluarlah dari dewan exam.

dah keluar ni taknak pulak sakit perutnya. sabau je la. hahahaha. entry kali ni kotor sikit. ape adehal, jangan baca entry ni time makan lah kan. jumaat ni last paper, Therapeutic exercise. makin last paper makin malas nak study la jawabnya. huhu

Friday, January 3, 2014

Pandangan Anda Macam Mana?

welcome 2014, happy new year to all. semoga tahun ni memberi kita semangat yang baru demi menghadapi segala cabaran dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ni. malas nak cerita panjang pasal new year ni sebab aku rasa new year story is too mainstream.

actually aku nak minta pandangan korang tentang hubungan korang dengan EX korang. nak jadikan seperti sahabat sepertimana hubungan sebelum couple? musuh? ignore je ke? atau layan je macam sahabat biasa?

korang pon dah tau kan aku ada pengalaman clash dengan boyfriend, first time dalam hidup kena DUMP! kira-kira dah 6 bulan jugak lah. lepas je ex aku suruh clash, time tu aku tak tau nak cakap apa. nak desribe perasaan pun tak tau sebab time tu tak rasa pape. dipendekkan cerita, lepas aku clash tu aku harap hubungan aku dengan ex aku akan jadi macam kawan balik, sama rapatnya seperti sebelum kitorang couple. memang sangat aku harap macam tu sebab aku tak nak kehilangan kawan tapi bukan bermakna aku mengharapkan dia lagi.

lepas clash tu, lama jugak lah kitorang tak contact and kalau texting pon memang jarang gila. mula-mula tu memang rasa kosong but then lama-lama aku boleh adapt and semakin boleh menerima hakikat. kadang-kadang tu ada juga aku teringat kat dia. lama-lama aku buat keputusan aku tak nak hubungan aku dengan ex ni jadi rapat macam kawan. aku rasa itu lah keputusan yang paling tepat. kalau korang?

Saturday, December 28, 2013

Wheelie??..

fuh .. fuh .. lama betul tak update belog. serius busy yang teramat. alasan aku ni asyik yang sama je. balik balik kata busy. tapi memang betul pun, tak kan nak kata aku tak busy, tu sebab lama tak update belog? gila ke hape? hari ni je aku ada presentation, habis presentation ada test, habis test ada test lagi! hah! amek kau! mau tak meletup kepala kau?ehh tak meletup pun. haha

masa diploma dulu tak pernah pun hectic macam ni sekali. minggu depan pulak aku ada 4 tests! Ohgosh! malapetaka apa yang aku dapat ni? kayuh je la slow-slow ye tak. makin nak habis semester makin busy pulak. aku rasa penyusunan study plan kitorang tak proper lah. that is why kitorang punya subjek banyak heavy. hmm entah la. banyak pulak songeh aku. oke, enough for that.

bila dah lama tak update belog, maka nya banyak lah cerita yang nak dikongsi. bila dah terlampau banyak cerita maka tak tau nak pilih yang mana satu untuk di kongsi. oke, tajuk pon wheelie. aku cerita pasal wheelie je dulu ye.

korang tau tak apa wheelie tu? haa bagi sesiapa yang tak tau, wheelie tu main jongket-jongket guna wheelchair? dapat bayang? takpe nanti aku tunjuk kan gambar ye. masa diploma dulu aku pernah belajar wheelie ni, cara nak propel guna wheelchair and so on lah. well, masa dulu lecturer yang ajar aku wheelchair ni mungkin tak pandai wheelie so masa tu dia tak wajibkan kitorang mahir wheelie. setakat tau benda tu ada, tau cemana nak handle and guna wheelchair tu sudah memadai. tapi ada jugak klasmet aku pandai wheelie dah masa tu. nak pulak bebudak lelaki. maklum le, dorang ni hyperact. siap boleh propel masa wheelie lagi. orang macam aku yang tak berminat nak wheelie ni memang tak amek pot la. lantok kome le.

malangnya time degree ni, subjek wheelchair ni aku kena amek balik. memula aku ingatkan macam biasa la, setakat tau benda basic tu dah oke. sekali nah kau, wheelie masuk practical test! weii, masa tu sumpah aku frust gila. first day practice, fail! masuk second week practice, fail again! masuk third week, guess what? ape lagi, FAIL le wei! sumpah aku give up dah time tu. ada yang cakap markah untuk wheelie 1 je, so aku mula pasrah. aku rasa nak burn je markah untuk wheelie. masuk forth week, lecturer cakap siapa yang tak mahir lagi wheelie kena pergi practice sebab next week ada test. oh man! time tu aku rasa macam nak mati.

at first, aku memang susah gila nak jerk kat wheelchair tu sampai terangkat. then kawan aku si wafi ni cakap kat aku, "kau kena berani noni, dah dapat angkat sikit tu kau kena konfiden and berani tolak lagi ke belakang"

haa, aku pon apa lagi. aku pon try la. oke jerk then aku angkat wheelchair tu, oke dah terangkat sikit. dalam kepala aku dok bermain main dengan ayat wafi. oke pon dengan gagah beraninya ikut nasihat wafi. hah! apa lagi. kebabom la aku jatuh ke belakang. nasib baik skill jatuh aku tu power. kepala dan badan aku sikit pon tak terhentak tapi trauma lepas tu jangan cakap lah. mulut aku lah paling bising dok terjerit jerit time prektis. semua dok ketawakan aku. hmmm sabau je la. tu belum kira part aku mengamuk. nasib baik ada kawan kawan yang supportive and understanding. tak serik serik and tak bosan dengan aku. hahaha.

lama kelamaan, aku pon boleh wheelie sikit sikit tapi dengan syarat mesti ada orang standyby kat belakang. kalau buat sendiri konfem tak jadi. kalau ada orang kat belakang aku, dan dan tu jugak aku boleh wheelie dengan powernya. tapi aku bab wheelie ni memang main psikologi aku betul. serius ! but after all, wheelie ni memang bagi aku pengalaman yang sangat berharga. pengalaman yang best lah dikatakan tapi lebam punya cerita takyah cakap lah. kesian ketiak aku. well, tak fisio lah kalau tak boleh wheelie ye dok. hahaha. tanak cakap banyak, kita tengok gambar gambar ye








sequel aku nak wheelie. oi susah aw nak maintain sebab nak tangkap gambar. maklumlah  ni first time dapat wheelie setelah sebulan aku prektis. 

gambar bawah ni masih belum pandai wheelie. aku tipu je tu, aena tolong jongketkan. kunun nya dah pandai wheelie.






tak boleh nak digambarkan cemana perasaan kalau dah dapat buat wheelie tu. rasa dia macam nak terjatuh ke belakang tapi korang rasa secure and korang percaya korang tak kan jatuh. how to describe it in a simple word? nahh, i dont know, you guys should try it out!


Saturday, November 2, 2013

Pengalaman Berharga

lama sangat dah aku tak update blog kan? memang aku sangat sangat busy, so aku tak dapat spend masa untuk berceloteh kat blog. well, aku baru sahaja balik dari UiTM Dungun setelah seminggu aku berkampung di sana. nak cerita penatnya kat sana .... hmm tak larat nak tulis. kedatanngan aku di sana adalah sebagai sport physiotherapy untuk kontijen UiTM Shah Alam untuk sukan KARISMA. korang tahu kan apa tu KARISMA? so tak payah lah aku nak define kan benda ni.

at first, aku sangat sangat takut, nervous, cuak sebab aku tak pernah join benda ni. maklumlah, deal dengan sport injury ni lain sikit. otak kita kena pantas, cekap dan tau apa kita nak buat. kiranya kita perlu buat keputusan dengan cepat bila kita berhadapan dengan sesuatu injury. so first day, aku kena jaga game volleyball. nasib dorang ni takde injury, so aku agak relax sikit. malam nya pula kami perlu buka bilik rawatan untuk para players. malangnya malam itu Wafiqah takde. antara kami berempat, dia ni yang paling berpengalaman sebab dia dah memang selalu join benda benda camni. aku, ety dengan jidah memang kelam kabut malam tu. kitorang sangat blur, even benda simple pun kami jadi tak tau. tapi kitorang buat jugak slow-slow sambil mendapatkan pertolongan jarak jauh dengan Kak Nab. alhamdulillah, lepas sudah malam pertama.

maka dengan itu, aku ada sedikit konfiden dalam diri untuk melalui hari-hari yang mendatang. so lama-kelamaan kami semua bertambah oke. pengetahuan terhadap strapping semakin bertambah. nak handle setiap injury pon bertambah yakin.

selain volleyball, aku jaga jugak game handball lelaki perempuan, basketball lelaki (masa ni aku tolong ety sebab kesian sangat kat dia. dia exhasuted gila) and aku jaga game netball. dalam banyak-banyak game ni, aku paling banyak belajar strapping kat game netball. dorang ni yang paling banyak ada injury. dengan ankle sprain nye, ACL lagi, meniscus la, muscle injury la and sebagainya. kalau korang tengok coach dorang buat strapping, korang akan "WOW". strapping yang dia buat memang kita tak pernah tengok sebelum ni and aku sempat lah belajar sikit-sikit dari dia. especially tang ankle. so kalau palyer dia nak strapping ankle, aku serahkan pada coach dia. aku amek yang simple2 je la. sebab player netball ni mostly old injury so strapping dorang tu kena betul-betul.

antara pengalaman lain ialah aku tengok fracture yang berlaku depan mata aku sendiri. sampai sekarang aku fobia. alkisahnya player basketball lelaki dari UiTM Kedah ni nak amek bola, tapi kaki dia bersilang and dia terjatuh dan terseret. maka kaki yang bersilang tu patah and bunyi "POP" tu jelas kedengaran satu court. mungkin dia fracture tib-fib. aku takdelah nak menjengah, sebab aku masa tu tengah tegamam. macam ... "ehh, biar betul?"

suasana kat UiTM Dungun tu pulak ... hmm. suasananya agak best. cuma semua tempat jauh jauh. dah la dorang ni kekurangan susur gajah maka aku terpaksa menapak di bawah terik matahari. terik weh! berpeluh peluh ketiak aku nak berjalan. tu yang kulit aku sampai hitam legam jadinya. kalau mat salleh suka la ni. skin tanning katanya. -_-''

orang kata sambil menyelam, sambil minum air ye tak. haha. maka nya aku memang lah mengikut peribahasa itu. sempat lah jugak meng usha usha brader brader hensem lagi macho. ramai jugak lah yang kau usha nya. nak dikatakan semua lah aku usha. tapi yang paling best, ade sorang player handball lelaki hensem ni tegur aku. hahaha. aku ingat dia tak cam aku sebab aku jaga team dia sekejap je. tapi bila esok kami terserempak, dia cakap.. "hi kak fisio" time tu ... hmmm melting lerr. macam bangang jugak aku ni. so after that, setiap kali aku terserempak dia aku akan menyapa dia. and dia akan balas balik sambil memberi senyuman yang manis. bangang tahap abadi aku ni. tu je la tabiat aku. dari dulu sampai sekarang memang suka usha usha.

all in all, pengalaman join sport physiotherapy ni memang best. jangan dikira penat tu, adatlah lah kan. kalau tak nak penat, dok dalam bilik. banyak sangat ilmu yang aku belajar. thanks kepada member member yang banyak tolong macam Kak Nab, Wafi, Ety and Jidah. aku paling ingat pesanan Kak Nab, "konfiden Non, konfiden. kau buat apa yang kau tau" aku pegang kata-kata tu sampai sekarang.

insyaAllah kalau ada peluang lagi, aku akan follow. nak tambah lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Tuesday, October 1, 2013

Me Shopaholic? Big Spender?

kadang-kadang aku rasa aku ni jenis yang berjimat cermat orangnya, tak suka boros, tak suka shopping, bijak mengawal nafsu terhadap shopping dan sebagainya lah. tapi dalam masa yang sama, aku rasa sifat-sifat ni takde pun dalam diri aku. lagiii kuat shopping adalah. dalam members Power of 10 tu, siapa aje yang tak kenal dengan aku yang suka membeli-belah. pantang ada jualan, akulah orang first yang tahu and pergi melawat tempat tersebut. paling cikai pun, aku mesti rembat sebarang dua. aduiii

padahal mak ayah tak ajar aku bersikap macam ni. beli mengikut kemampuan dan keperluan. pernah masa sem lepas, aku beli sekali 3 pasang kasut dalam kedai yang sama, pada waktu yang sama dan bayar pada cashier yang sama. 2 pasang flat shoes dan sepasang high heels. aku memang minat dengan high heels ni, maklumlah .. aku ni memiliki ketinggian yang kurang normal sikit. tapi bukan ni sekali je, tak silap aku masa semester 5 diploma dulu pun aku pernah buat perangai macam ni. 

boleh dikatakan aku ni memang minat shopping but I'm not a big spender (spender oke, bukan panties). aku beli ikut kemampuan jugak. kalau mahal sangat, aku tak beli pun. kalau murah, ada sale, konfem konfem aku tak kan lepaskan peluang. nak pulak kalau dia dok pamerkan baju baju yang cun melecun. nak dikatakan aku ni suka berfesyen, bergaya dan melaram, rasanya tak kot. mungkin aku lebih cenderung untuk mengumpul koleksi pakaian dari segala jenis tudung, selendang, baju, seluar, skirt, kasut. memiliki penyakit *takde baju nak pakai* menjadi punca penyakit shopaholic ini menjadi jadi dan semakin menular ke dalam jasad ini. oh my .. apakah akan terjadi dalam hidup aku seandai penyakit ni tak sembuh sehingga aku bekerjaya nanti? nanti anak-anak nak makan apa? kasi makan segala pakaian aku tu? ooo, itu mengingatkan aku supaya mencari suami yang kaya raya. hahahah ( masih tak insaf lagi tu)

lagi satu, penyakit *rugi kalau tak beli* juga menjadi faktor yang menyumbang kepada severity shopaholic aku ni. macam ada suatu suara yang dok bermain-main di cuping telinga ni .. "beli noni .. rugi kau tak beli. lepas ni belum tentu dapat murah macam ni. entah entah stok dah habis ke nanti"

haaa .. bila suara ni dah keluar, memang hancur la dinding yang aku bina untuk melindungi diri daripada shopping.-_-''
kadang-kadang disebabkan aku bersedih, aku mengambil tindakan untuk pergi shopping and yes, it works. tapi hanya untuk seketika. tak kekal pun. pernah jugak aku rasa nak jadikan shopping ni sebagai hobby. gila?? kau hengat kau anak orang kaya. bila bosan pergi shopping, bila sedih pergi shopping, bila ada masa lapang pergi shopping. tak sedar diri punya orang. tapi betul, memang aku pernah terniat nak buat macam tu. bahaya kan?

aku selalu jugak cakap kat diri sendiri macam ni, "tak sabar lah nak kerja. nanti dah ada duit sendiri, macam macam nak beli sebab sekarang ni tak dapat nak beli semua yang diingini sebab duit tak cukup" tengok .. tengok. belum pape dah ada niat macam tu. ini adalah salah satu simtom awal untuk memasuki stage 4 of being shopaholic.

tapi .. adakala nya aku mampu menahan nafsu shopping. misalnya aku akan cakap camni kat diri sendiri, "simpan duit tu dulu. ada kepentingan lain lagi. lain kali kau datang lagi ye, insyaAllah kalau ada rezeki kau tak kan ke mana" tapi memang boleh nampak la, sometimes bila aku dapat tahan nafsu tu then aku datang semula ke kedai yang sama untuk membeli barang yang dihajat tu, kadang-kadang ada. kadang-kadang takde. bila takde, aku akan cakap, "bukan rezeki kau tu. Allah nak suruh kau berjimat" masa tu rasa bersyukur yang teramat sebab berjaya kawal nafsu dan menjimatkan duit.

however, aku akan berusaha untuk mengubati penyakit shopaholic ni sebelum ia masuk ke stage 4. dalam kepala kena ingat, duit yang mak ayah bagi tu perlu digunakan dengan sebaik mungkin. jangan boros dengan kehendak diri. tak salah kalau nak shopping tapi jangan selalu sangat sehingga menjadi pembaziran.

Tuesday, September 17, 2013

May Your Love Last till Jannah

halluuuu. udah lama tak menghupdate belog mushuk2 ni. orait, ini kalilah .. Ops! lain macam bunyinya. hahaha. kita kasi tukar ea. kali ini aku nak story pasal wedding one of my beloved sis, Along.

alhamdulillah, dengan dua kali lafaz Along sah bergelar menjadi seorang isteri kepada Ahmad Syakir bin Hariri pada 31 Ogos yang lalu. aku rasa sangat gembira masa tu sebab akhirnya aku berjaya memiliki seorang abang. ramai yang tanya, ada nangis nangis tak, ada sedih sedih tak? hehehe. jawapan nya tak ada. sebab kitorang semua sangat happy.

yang part best nya kan, waktu adat batal air sembahyang kan, cincin tu tak muat kat jari Along. sumpah lawak. semua dok ketawa kan dorang tapi oke la tu kan. sweet memory. yang abang ipar aku dah muka gelabah atas pelamin tu sebab cincin tak boleh masuk.

abang syakir : ehh, tak muat lah cincin ni.

along : kenapa tak muat ni? saya dah gemuk ke? saya tak gemuk pun. meh sini la saya cuba (sambil menarik jari dia untuk pakai sendiri cincin tu)

abang syakir : takpe, bak sini saya try buat.

tetap tak muat kat jari manis Along, last last sarung kat jari kelingking.

malam tu pulak, kitorang ada malam berinai. ini memang adat istiadat orang Melaka. dengan pakaian sanggul lintang nye, kompang joget joget and bunga api buluh yang memang ada di Melaka sahaja. so kalau korang nak tengok bunga api unik ni, datanglah ke majlis perkahwinan orang Melaka ye. seronok sangat. mak siap buka gerai roti canai lagi, makan panas panas. sedappp. kalau nak roti telur, bolehlah amek telur kat dalam fridge aku. hahaha

esok nya pulak seperti di majlis perkahwinan yang lain, pagi tu ada marhaban. marhaban ni banyak mengingatkan pengantin yang bakal bergelar ibu nanti, mendoakan kebahagiaan pengantin, memuji-muji pengantin tapi sayang betul. marhaban ni tak sedap. seriously! hahaha. untuk memeriahkan suasasan majlis, kitorang mengambil kumpulan gamelan untuk menggantikan karaoke atau pasang lagu kuat-kuat atau DJ atau yang seangkatan dengannya. bukan apa, kalau kita minta pasang lagu je pun kan, aku rasa bingit. macam memekak je. nak cakap pun terjerit-jerit. pada hal dah cakap kat corong telinga orang tu dah. kalau dengar bunyi gamelan ni, kita rasa syok je. tenang and soft je bunyi nye. nak makan pun rasa happy je. kalau nak cakap pun tak perlu dah nak terpekik terlolong tau. orang ramai pun suka. siap ada yang record lagi.

but so far, we all adik beradik belum lagi bertegur sapa dengan abang ipau kesayangan tu. aku rasa mcam bermusuh pulak dengan dia. kalau selisih pun buat tak tau. belum cerita part makan lagi. dia makan sedap dia sorang je, sikit pun tak pelawa aku makan walaupun aku dok mundar mandir depan dia. haishhh. geram pula aku tengok dia. bukan apa, orang kata itu bahasa kan. hahaha tapi takpe, actually kitorang tak kisah pun.

sebabnya abang syakir ni seorang yang pemalu. kalau nak berbual tu, kita yang kena mulakan dulu. then nanti dia akan sangat oke. tapi aku belum buat macam tu lagi. takde point nak sembang dengan dia. abang syakir ni adik beradik dia semua lelaki, dia pulak anak yang bongsu. that is why dia jadi pemalu. kitorang pulak semua perempuan. dalam rumah aku, dia dengan ayah je yang lelaki. mungkin dia susah sikitlah nak bergaul dengan kitorang. masa mula-mula dia dok rumah kitorang tu lagi la pulak, asek ikut bontot Along je. kalau Along tak dok kat ruang tamu tu, dia dok terperap je dalam bilik. sekarang ni tak macam tu dah. kalau Along takde pun dia boleh tengok tivi dengan kitorang. pernah satu malam tu, Along pergi masuk tidur awal. dah tinggal aku dengan abang syakir je tengok tivi sampai pukul 12 malam. time tu pulak cerita kelakar, kalau boleh aku nak gelak kahkahakah macam tu tapi bila aku gelak, dia boleh buat muka slumber je. tak gelak langsung. hmmppphhhh, segan pulak aku nak gelak bila part kelakar. terpaksa aku gelak kihkihkih je. dalam hati aku, cepat lah kau masuk tidur. aku nak baring-baring tengok tivi sambil gelak-gelak. tapi dia still tengok jugak sampai cerita tu habis. mungkin dia nak temankan aku kot.

actually kan, Along aku ni kes bercinta lepas kahwin. macam yang korang-korang idamkan tu. termasuk lah aku sekali. abang syakir ni pun bukan nya orang lain. sedara aku jugak tapi sedara jauh cuma kitorang jadi rapat. kitorang tak rapat lah dengan dia, tapi every raya mesti kaum kerabat dia datang beraya rumah kitorang. termasuk lah abang syakir ni. even Along pun  tak pernah bertegur sapa dengan dia. nak dijadikan cerita, kiranya mak ayah abang syakir ni suruh dia kahwin tapi dia tanak. abang-abang dia banyak bagi calon-calon yang sesuai, nak suruh dia pilih. satu pun dia tanak. last last nenek dia bagi cadangan kat mak ayah dia supaya dijodohkan dengan Along aku. bila ditanya kat abang syakir, terus dia nak. siap tau lagi Along aku kerja kat mana. what?? even mak dia terkejut dia boleh tahu Along aku kerja kat MARDI. haaa. nampak tak kat situ dia dah usha Along guwa. cehh

then, masa nak hantar mak ayah aku pergi menunaikan ibadah haji pada tahun lepas kat Kelana Jaya tu, mak ayah dia suruh datang. tengok betul-betul Along aku tu, betul-betul nak ke tidak sebelum dorang datang merisik. at this time, only family abang syakir je yang tahu pasal ni. mak ayah aku sendiri belum tahu plan dorang. mak ayah abang syakir pun pergi haji juga tahun lepas cuma 3 hari selepas penerbangan mak ayah aku. lepas tu dorang cerita, mak ayah abang syakir ni memang berdoa depan Kaabah untuk abang syakir dengan Along aku.

2 minggu lepas kepulang mak ayah aku, rombongan merisik pon datang. Along aku pun setuju. before2 ni kalau sebut je pasal kahwin, Along aku terus melenting, marah. yang ni tak pulak. dah dikatakan jodoh kan. alhamdulillah. disebabkan dorang ni tak couple sebelum kahwin, macam-macam ragam Along aku ni. kadang-kadang aku konfius, Along aku ni sedar ke tak yang dia dah ada suami. bagi aku, ragam Along aku ni agak cute la. hahhaha. dia tak reti lagi nak biasakan diri jadi isteri. boleh nampak lah perbezaan kahwin selepas dan sebelum bercinta. seriously they are super cute! kalau aku nak cerita satu-satu, boleh cramp jari jemari aku yang runcing ni nak menaip. hahaha.

dan ... rupa-rupanya abang syakir ni kenal Along aku sorang je. kitorang lagi 3 orang ni dia tak kenal pun. no wonder la masa makan dia tak pelawa aku makan sebab dia tak tau nak panggil aku apa and aku siapa. hello brader, wa la yang selalu hidangkan makanan time family brader datang beraya kat rumah wa. wa la yang penat ke luar ke dalam, berpeluh-peluh kat dapur tu. boleh brader tak kenal wa? haiyaaa. nampak sangat dia hanya usha Along wa sorang je.

::INDAHNYA BERCINTA SELEPAS BERKAHWIN::







this is so called Sanggul Lintang. baju perkahwinan tradisional orang Melaka yang ada campuran budaya Cina. baju ni takde cutting tau. korang ada nampak pengantin lelaki dan perempuan pakai belt? haaa hanya belt tu digunakan untuk diperkemaskan lagi pakaian tu. Along cakap sanggul ni agak berat lah jugak sebab ni sanggul tradisional dari tembaga. actually sanggul ni boleh ditinggikan lagi. lagi tinggi lagi cantik tapi disebabkan Along kata sanggul tu dah macam menekan dahi dia, cukuplah takat tu je. maybe ade dalam 3kg++ beratnya



geng marhaban. apelah yang makcik ni buat sampai tertonggeng tonggeng






p/s: more pictures will be uploaded on the fesbuk once Along give her pictures to me. be patient oke